Friday, 17 April 2015

Muhammad Nabina


السلام عليكم

Salah satu pantun yang aku suka semasa kecil ialah

         Hari ini hari Jumaat
         Esok pagi hari Sabtu
         Nabi kita Nabi Muhammad
         Tuhan kita Hanya Satu

Rasa sayang dan cinta kepada Nabi Muhammad bagi aku suatu fitrah. Pertama kali belajar Sirah Nabi secara formal semasa darjah satu telah wujud satu perasaan kerinduan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata kepada Insan yang menjadi Rahmat sekelian alam ini. Semasa darjah dua, pada hari cuti Maulud Nabi, aku mendengar kisah Nabi di radio dan air mataku telah menitis dan mengalir walau pun saat itu aku sendiri tidak mengerti mengapa aku menangis.



Nasheed Muhammad Nabina ini aku 'jumpa' semasa 'browsing' u-tube untuk menonton video pengalaman umrah rakyat Malaysia.

Saturday, 11 April 2015

Kembara ke Trengganu


Pada 10.4.15 bermulalah kembara ke Manir, Trengganu setelah hampir 12 tahun menetap di Seremban. Hampir 8 tahun kereta ini berada bersama keluarga kami dan telah membawa kami merantau ke serata ceruk Malaysia.

Kenapa aku tertarik kepada kembara...bermulanya tahun 1999 sewaktu persaraan seorang pengetua menggunakan kembara. Aku tengok kembara nampak smart dan compact. Akhirnya suatu hari pada bulan Jun 2007, sewaktu aku dan suami meronda-ronda sekitar Jalan Rahang, kami telah terserempak dengan kembara yang nampak seolah-olah menunggu kami. Maka 10 Julai 2007, rasmilah kembara menjadi milik keluarga kami.

Banyak suka-duka kami lalui dengan kembara, banyak jasanya pada kami anak-beranak....akhirnya kembara telah dipilih oleh seorang insan yang baik-budi melalui 'Mudah' yang telah dihantar oleh adik bongsuku.



Tidak sampai seminggu di alamaya, ramai peminat bertanyakan kembara. Mustaqim membuat kesimpulan memang hebat dunia internet. Tidak pernah terfikir dalam minda kami, pemilik kembara seterusnya berada di Trengganu. Begitu Kuasa Allah, internet ialah alat Allah menunjukkan Keagungan-Nya.