Friday, 15 May 2015

Ibumu...Ibumu...Ibumu...Ayahmu



           "Semua orang mempunyai ibu
            Begitu juga saya
            Ibu saya seorang yang baik
            Ibu saya seorang yang cantik
            Ibu, aku sayang padamu"

Itulah kata-kata yang ditulis anakku Hilmi di atas sekeping kad ucapan hari ibu yang dibuatnya sendiri sewaktu sekolah rendah. Bergenang air mataku tatkala membacanya...sehingga sekarang kad ini tetap menjadi simpanan yang berharga dan aku sayangi.

Baru-baru ini aku menerima ucapan selamat hari ibu dari hilmi melalui aplikasi whats app. Zaman berubah, tetapi perasaan tetap sama...



Tiada yang paling membahagia seorang ibu selain mengetahui anak-anak menyayanginya...InshaaAllah anak-anakku firdausi, hilmi faruqi dan basyirah qurratu 'ain merupakan anak-anak yang soleh dan solehah dan menjadi penyejuk mata kami...aamiin ya Rabb




Friday, 17 April 2015

Muhammad Nabina


السلام عليكم

Salah satu pantun yang aku suka semasa kecil ialah

         Hari ini hari Jumaat
         Esok pagi hari Sabtu
         Nabi kita Nabi Muhammad
         Tuhan kita Hanya Satu

Rasa sayang dan cinta kepada Nabi Muhammad bagi aku suatu fitrah. Pertama kali belajar Sirah Nabi secara formal semasa darjah satu telah wujud satu perasaan kerinduan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata kepada Insan yang menjadi Rahmat sekelian alam ini. Semasa darjah dua, pada hari cuti Maulud Nabi, aku mendengar kisah Nabi di radio dan air mataku telah menitis dan mengalir walau pun saat itu aku sendiri tidak mengerti mengapa aku menangis.



Nasheed Muhammad Nabina ini aku 'jumpa' semasa 'browsing' u-tube untuk menonton video pengalaman umrah rakyat Malaysia.

Saturday, 11 April 2015

Kembara ke Trengganu


Pada 10.4.15 bermulalah kembara ke Manir, Trengganu setelah hampir 12 tahun menetap di Seremban. Hampir 8 tahun kereta ini berada bersama keluarga kami dan telah membawa kami merantau ke serata ceruk Malaysia.

Kenapa aku tertarik kepada kembara...bermulanya tahun 1999 sewaktu persaraan seorang pengetua menggunakan kembara. Aku tengok kembara nampak smart dan compact. Akhirnya suatu hari pada bulan Jun 2007, sewaktu aku dan suami meronda-ronda sekitar Jalan Rahang, kami telah terserempak dengan kembara yang nampak seolah-olah menunggu kami. Maka 10 Julai 2007, rasmilah kembara menjadi milik keluarga kami.

Banyak suka-duka kami lalui dengan kembara, banyak jasanya pada kami anak-beranak....akhirnya kembara telah dipilih oleh seorang insan yang baik-budi melalui 'Mudah' yang telah dihantar oleh adik bongsuku.



Tidak sampai seminggu di alamaya, ramai peminat bertanyakan kembara. Mustaqim membuat kesimpulan memang hebat dunia internet. Tidak pernah terfikir dalam minda kami, pemilik kembara seterusnya berada di Trengganu. Begitu Kuasa Allah, internet ialah alat Allah menunjukkan Keagungan-Nya.





Saturday, 28 March 2015

Pada-Mu ku bersujud

Sudah lama tidak 'update' blog.
Salah satu video-lagu yang memberi kesan kepada nurani sesiapa yang menyukainya.


Kredit:
Lagu dalam video ini nyanyian Afgan dan videonya pula digarab oleh Faesal. Kedua-duanya dari Indonesia.

Sunday, 8 March 2015

Generasi Komputer

السلام عليكم

Generasi yang lahir selepas 1990 membesar dalam ledakan penggunaan komputer peribadi di rumah-rumah. Pada peringkat awal hanya orang-orang yang ber'uang' saja mampu membeli komputer peribadi. Mesin ini dianggap barang mewah dan mendapat tempat yang khusus di rumah. Saya masih ingat seorang rakan di universiti yang mempunyai komputer yang diletakkan dalam bilik khas ber-'ekon'. Papanya mempunyai kunci khas untuk bilik tersebut dan sesiapa ahli keluarga yang ingin menggunakan komputer mesti mendapat izin walau pun rakan saya itu dah berumur 21 tahun.

Wajah-wajah ceria Hilmi dan Basyirah mengadap komputer


Harga komputer tidaklah turun murah sangat walau pun wujud bermacam-macam IBM-clone PC. Komputer yang digunakan anak-anak saya ini dibeli di kedai yang menjual komputer terpakai dengan harga RM960. Komputer ini mempunyai driver IBM original tetapi casing nya HP. Tak kisahlah...janji boleh menaip...


"Comel kan saya..ini abang saya yang edit guna komputer dan save pulak...so, permanent lah jadinya".


Ini satu lagi hasil kerja tangan anak-anak saya...agak-agaknya boleh tak reverse balik supaya dapat gambar yang asal

Saturday, 7 March 2015

Kenangan Abadi 1


Wajah-wajah yang disayangi


Tiada kata yang dapat ku ucapkan.... 


Gambar pada ketika yang berlainan di tempat yang sama di Sg Petani Kedah di rumah bakal adik iparku yang bongsu ketika itu...

Suasana Hari Raya


السلام عليكم

Antara kenangan terindah hari raya zaman kanak-kanak ialah perjalanan 'balik kampung'. Zaman semasa saya dan suami masih belum mengerti... menjelang hari raya kami telah membeli satu kaset lagu-lagu hari raya yang klasik, semasa tu Hilmi dan Basyirah masih bersekolah rendah. Dalam perjalanan hari raya kedua dari Seremban ke Jerantut, kaset pun dipasang...apa yang berlaku kedua-dua anak suka sangat lagu 'Suasana Hari Raya' nyanyian Anuar Zain dan Elina. Sepanjang perjalanan 'terpaksalah' mendengar kaset lagu tersebut yang auto-rewinding. Bila tiba lagu 'Suasana Hari Raya', Hilmi dan Basyirah akan menyanyi kuat-kuat ikut irama lagu tersebut...

Bila dikenangkan balik... tiada kata yang saya dapat diucapkan.


Gambar ini diambil sempena hari raya beberapa tahun kemudian di rumah lama kami yang berhampiran rumah bonda tersayang, sebelum berpindah ke rumah sendiri kemudiannya.

Monday, 2 March 2015

Menelusuri masa 1


Saat-saat yang indah bila 'berjalan' bersama sekeluarga kami yang kecil... banyak yang tidak dapat dirakam oleh kamera tetapi terpateri di memori...


Cuba teka ini kat mana... pakai baju sejuk macam kat oversea...acah jer..


Kecik-kecik dah pandai selfie... wajah-wajah comel anak-anakku tersayang


"Salam semua... saya Hilmi Faruqi...saya sekarang kat Cameron Highland"


Ini masa mula-mula guna kamera digital yang ok sikit, dekat Muzium Negara, dalam perjalanan balik dari Cameron Highland Mei 2005. Dah penat travel jauh-jauh, makan aiskrim. Masa ni Hilmi masih lagi ada alergik...tengok tu garu2... jangan marah Hilmi...


Thursday, 26 February 2015

As-salāmu 'alaykum

                                                                    السلام عليكم 
                                                                                                                                                      بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ    

Blog yang telah menyepi selama 15 bulan, bersuara kembali.....
21.11.2013 kali pertama suka-suka dihasilkan dengan harapan yang berbunga-bunga kerana ingin membuat satu catatan peribadi tentang perjalanan yang sangat dinanti-nantikan saat itu.

    
Di terminal LCC tengah malam menjelang 16.12.2013 bersama ahli keluarga yang disayangi. Satu kenangan abadi peralihan dari zon tidak tahu menuju zon tahu, tidak kenal kepada kenal, bayangan kepada kenyataan..