Saturday, 7 March 2015

Suasana Hari Raya


السلام عليكم

Antara kenangan terindah hari raya zaman kanak-kanak ialah perjalanan 'balik kampung'. Zaman semasa saya dan suami masih belum mengerti... menjelang hari raya kami telah membeli satu kaset lagu-lagu hari raya yang klasik, semasa tu Hilmi dan Basyirah masih bersekolah rendah. Dalam perjalanan hari raya kedua dari Seremban ke Jerantut, kaset pun dipasang...apa yang berlaku kedua-dua anak suka sangat lagu 'Suasana Hari Raya' nyanyian Anuar Zain dan Elina. Sepanjang perjalanan 'terpaksalah' mendengar kaset lagu tersebut yang auto-rewinding. Bila tiba lagu 'Suasana Hari Raya', Hilmi dan Basyirah akan menyanyi kuat-kuat ikut irama lagu tersebut...

Bila dikenangkan balik... tiada kata yang saya dapat diucapkan.


Gambar ini diambil sempena hari raya beberapa tahun kemudian di rumah lama kami yang berhampiran rumah bonda tersayang, sebelum berpindah ke rumah sendiri kemudiannya.

No comments:

Post a Comment