السلام عليكم
Peristiwa hari merdeka yg paling di ingati pada tahun 2007. Kami bawa anak ke Padang MPS, tengok perarakan yangg gilang-gemilang sempena 50 tahun kemerdekaan. Subuh hari lepas solat kami dah berada di 'tangga cinderella' depan pejabat MPS sebab suami pun turut serta berarak wakil syarikat Samsung. Anak-anakku sangat teruja melihat askar berarak sampai 'meletop' jalan... perkataan yg anakku, Hilmi sebut. Selepas perarakan tu jumpa pula pelajar-pelajar Cina kelas sy T6R berarak wakil Parti Gerakan. Pada sebelah malam pula ada pertunjukan belon udara panas dibawa khas kerajaan N9 untuk merai raayat jelata N9, boleh naik secara percuma. Rasa meriah dan syahdu nya...
Friday, 26 August 2016
Friday, 19 August 2016
QURBAN & AQIQAH
السلام عليكم
Menjelang Zulhijjah 1437H ini, aku terkenang peristiwa qurban dan aqiqah pada tahun lepas.Emak yang dikasihi juga telah membuat ibadah qurban untuk kami enam beradik.
Sunday, 24 July 2016
ILMU DIANGKAT
السلام عليكم
Hari ini 19 Ramadhan 1437H, bererti telah lebih dua minggu hari raya berlalu. Hari raya kali ini semangat ku tidaklah seperti tahun-tahun sebelumnya kerana sejak pertengahan Ramadhan aku telah jatuh sakit sehingga hari ini belum pulih sepenuhnya. Namun Alhamdulillah, Syawal kali ini tetap menggembirakan. Ahli keluargaku dapat berkumpul dan kami masak sama-sama juadah hari raya di rumah emak.
Dua hari lepas iaitu pada 22 Julai malam 18 Syawal, suamiku memberitakan kepadaku tentang Tuan Guru Haji Salleh Musa meninggal dunia. Tuan Guru ini antara yang kami ingin ziarahi kerana harapan kami semasa hayat, bagi diri kami yang serba jahil ini, untuk bertemu dengan tokoh-tokoh ulama' yang ada di tanah air. Sewaktu kami ingin mengetahu lebih lanjut tentang mengenal Allah Ta'ala dengan pendekatan Sifat Dua Puluh, ceramah you tube menjadi pilihan yang cepat. Ceramah Tuan Guru Haji Salleh antara banyak video cerama yang kami tonton. Perwatakannya yang lemah-lembut dan penuh kerendahan hati menggambarkan kasih sayang Tuan Guru kepada pelajar-pelajarnya. Kini dia telah pergi membawa bersama mutiara-mutiara ilmu yang tidak ada gantinya, Benarlah Sabda Nabi Muhammad ﷺ:
Diangkatnya ilmu terjadi dengan diangkatnya (diwafatkannya) para ulama, sebagaimana ditunjukkan dalam hadits ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radliyallaahu ‘anhuma, ia berkata : Aku telah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
إن الله لا يَقْبِضُ العلمَ انتزاعاً ينتزعُه من العباد، ولكنْ يقبِضُ العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يبقَ عالماً؛ اتَّخذ الناس رؤوساًَ جُهَّالا، فسُئِلوا ؟ فأفتوا بغير العلم، فضلّوا وأضلوا.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengangkat ilmu dengan sekali cabutan dari manusia. Namun Allah akan mengangkat ilmu dengan mewafatkan para ulama. Hingga ketika tidak tersisa lagi seorang berilmu (di tengah mereka), manusia mengangkat para pemimpin yang jahil. Mereka ditanya, dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Hingga akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (orang lain)”.
(sumber: Abu Al-Jauzaa')
(Sumber: Google)
Inna lillahi wa inna ilaihi roji'uun. Semoga diampunkan dosa-dosanya dan rohnya termasuk dalam golongan para syuhada'.
Friday, 29 April 2016
Friday, 25 March 2016
Mencari Sekolah Pondok
Seingatnya aku mula mengenal cara-cara berwuduk dan bersolat sewaktu sekolah rendah melalui sebuah buku bergambar dengan bacaan Bahasa Arab yang dirumikan. Takdir Allah Ta'ala aku bersekolah menengah di MRSM Seremban selama 5 tahun dan dapatlah aku menunaikan solat sepenuhnya. Semasa minggu orientasi tingkatan 1, kami diwajibkan bersolat jemaah dan sepanjang tempoh tingkatan 1 kami mempunyai kumpulan usrah yang dibimbing oleh senior tingkatan 2. Sepanjang tempoh 5 tahun, terdapat beberapa orang guru dan sekumpulan pelajar yang gigih menjalankan peranan 'Amar Ma'ruf, Nahi Munkar'. Kumpulan pelajar di maktab kami ini digelar gang MSU olah pelajar-pelajar lain. MSU ialah akronim kepada 'Mat/Minah Surau United'. Aku bersyukur, sedikit sebanyak hatiku cenderung juga kepada gang MSU kerana aku banyak mendapat pendedahan kepada Islam melalui perdampingan dengan insan-insan MSU ini.
Meninggalkan alam sekolah menengah, menyambung pelajaran seterusnya berkahwin, bekerja dan mempunyai anak, aku mempunyai paradigma yang aku boleh menunaikan solat dengan 'betul'. Baru-baru ini, takdir Allah Ta'ala, aku dan suami mendengar syarahan tentang 'Keindahan Surah Al-Fatihah' di Masjid Hussain Seremban 2 yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal. Secara tidak lansung, kami juga didedahkan tentang solat kerana Surah Al Fatihah merupakan salah satu Rukun Solat. Kemudiannya beberapa malam di rumah selepas itu kami menonton Ceramah Tahsinussolah melalui youtube yang disampaikan oleh Ustaz Irwan Zahuri. Pendedahan ini telah mengubah paradigma ku dan suami yang kami perlu berguru semula secara 'sekolah pondok' untuk belajar solat.
Rupa-rupanya tidak mudah untuk mencari sekolah pondok.....
Monday, 22 February 2016
Dua Hari Dua Malam Penuh Aktiviti
Alhamdulillah, anak saudaraku Nazir telah selamat melangsungkan pernikahannya pada 19 Feb dan kami sekeluarga dapat sama-sama meraikannya serta melalui tempoh masa yang penuh hektik selama 2 hari 2 malam.
Sebelum itu pada 17 Feb, kami menghantar Basyirah ke rumah kak ngah untuk membantu persiapan kenduri. Petang Jumaat 19 Feb, Hilmi balik dari Beranang. Selepas Maghrib, kami harus bergegas ke Klang untuk majlis pernikahan. Kami mengambil emak dulu di Sendayan untuk turut sama meraikan. Rancangan awalnya, emak akan pergi bersama Mustaqim & Fauziah tetapi Aina dan Aisyah masih demam. Jadi, mereka tak dapat pergi.
Alhamdulillah, kami tiba tepat2 selesai upacara akad nikah. Taklah lewat sangat. Kami tiba di rumah jam 1.30 pagi dan selepas solat Isyak, pukul 3 pagi barulah aku dapat melelapkan mata. Selesai satu agenda.
Esoknya, pagi-pagi aku ke sekolah kerana program gotong-royong dan aku bertugas mengambil gambar untuk dokumentasi. Pukul 10 pagi aku minta pulang awal untuk turut sama rombongan ke majlis di rumah pengantin perempuan. Aku hubungi suamiku yang terpaksa masuk ofis hari tersebut menggunakan mesej. Sampai di rumah aku telah terlelap dan tidak mendengar deringan fon panggilan suamiku. Pukul 1 baru suamiku sampai di rumah dan kelam kabut lah kami bersiap untuk pergi ke Klang. Se elok2 masuk hi-way jam 1415, kak long menghubungiku menyampaikan pesan emak supaya kami terus ke rumah kak ngah dan tidak usah ke Klang kerana jalanraya sesak serta rombongan pengantin lelaki pun dah beransur pulang. Berbincang dengan suami, kami patah balik ke Seremban dengan exit Ainsdale untuk membeli kerepek dan makan tengahari.
Kami tiba di rumah kak ngah jam 1600, kak ngah sekeluarga belum sampai dari Klang. Jadi, kami ke rumah Hikmah di Teras Jernang. Di sana, kak long telah merancang untuk membeli makanan dan ramai-ramai bolehlah diadakan sedikit Tahlil keluarga di rumah kak ngah. Suamiku dan Tarmize ditugaskan mencari makanan. Kami tiba di rumah kak ngah jam 1800, sementara menunggu makanan anak-anakku dan anak-anak saudaraku telah berbual sesama mereka dengan keriangan bercerita macam-macam perkara lucu di laman sosial
Aku merasa terhibur mendengar kemesraan dan gelak tawa
mereka.

Sunday, 14 February 2016
Kisah dari Surah Yasin
Di dalam Surah Yasin terdapat kisah yang menyentuh hati. Sekitar tahun lepas 2015, aku terjumpa sebuah catatan tentang karakter utama kisah ini iaitu blog tahajjud.net. Berikut ialah kisah tersebut yang aku salin sepenuhnya daripada catatan tersebut yang aku kira berharga kerana blog ini telah tidak wujud.
KISAH HABIB AN-NAJJAR
April 3, 2014
tahajjud.net Kisah Teladan
Kehidupan adalah nikmat terbesar yang Allah berikan kepada kita, tetapi kita tidak menyedarinya. Mungkin setelah mati, baru kita akan menyedari bahawa kehidupan sangatlah bermakna. Seandainya orang-orang yang telah meninggal boleh memberi maklumat kepada kita tentang apa yang mereka alami di akhirat sana, tentu mereka akan berpesan agar kita mengikuti apa yang telah disampaikan oleh para nabi dan Rasul Allah.
Allah s.w.t menyebutkan kisah seorang hamba yang telah meninggal dunia dan berharap kaumnya dapat mengetahui keampunan dan kemuliaan yang dia dapatkan setelah mati, kerana dia mengikuti apa yang disampaikan oleh para utusan Allah itu.
Kisah ini terdapat di dalam surah Yasin. Allah s.w.t mengutuskan dua orang rasul kepada suatu kaum, tetapi kedua rasul itu didustakan. Lalu Allah s.w.t menguatkan kedua rasul itu dengan rasul ketiga yang mengatakan kepada mereka, “Sesungguhnya kami adalah utusan Allah yang diutus kepada kamu.”
Kaum mereka lalu berkata,”Kamu hanyalah manusia biasa seperti kami, Allah yang Maha Pemurah tidak menurunkan apa pun, dan kamu hanyalah berdusta.”
Ketiga orang rasul itu kemudian berkata lagi, “Tuhan kami mengetahui bahawa kami benar-benar rasul yang diutus kepada kamu. Kewajipan kami hanyalah menyampaikan perintah Allah yang sudah jelas bagi kamu.”
Jawapan itu tidak membuat kaum itu beriman. Mereka lalu mengancam ketiga orang rasul,”Nasib malang yang menimpa kami ini tidak lain adalah kerana kewujudan kamu dan akibat perbuatan kamu. Jika kamu tidak berhenti menyeru kami kepada apa yang kamu katakan itu, kami benar-benar akan merejam kamu dan kami akan menyeksa kamu dengan seksaan yang pedih.”
Menghadapi ancaman itu, ketiga rasul itu menjawab,”Nasib malang yang kamu alami adalah hasil perbuatan kamu sendiri. Apakah kerana ajakan kami itu, lalu kamu ingin mengancam kami? Kamu benar-benar telah melampaui batas.”
Pada waktu itu, tiba-tiba datang seorang lelaki dari arah hujung kota tempat kaum itu berada. Beberapa mufassir mengatakan, lelaki itu bernama Habib bin al-Marwi, sedangkan dalam terjemahan al-Quran Jabatan Agama diberi keterangan bahawa orang itu bernama Habib an-Najjar. Dia berkata kepada kaumnya seperti yang disebutkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran,”Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu. Ikutilah orang yang tiada meminta upah kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nyalah kamu (semua) akan dikembalikan? Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain –Nya, jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki kemudaratan terhadapku, niscaya syafaat mereka tidak memberi manfaat sedikit pun bagi diriku dan mereka tidak (pula) dapat menyelamatkanku. Jika demikian, sesungguhnya aku pasti berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan) ku,”(Surah Yasin [36]: Ayat 20-25).
Ketika menghadapi penentangan kaumnya, ketiga rasul itu dibela oleh lelaki yang telah beriman ini (Habib an-Najjar). Dia cuba mengingatkan kaumnya agar mereka mentaati apa yang dikatakan oleh ketiga orang rasul itu. Akan tetapi, pembelaanya tidak berkesan bagi dirinya. Dia dibunuh kerana telah menyatakan pembelaannya terhadap ketiga rasul itu.
Kemudain Allah s.w.t mengutus malaikat untuk menjemput arwah Habib an-Najjar, dan memberitahu bahawa dosa-dosanya telah diampuni oleh Allah s.w.t dan dia mendapatkan syurga-Nya, dikatakan (kepadanya),” Masuklah ke syurga.” Dia (Habib an-Najjar) berkata,” Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui apa yang menyebabkan Tuhanku memberi keampunan kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan,” (Surah Yasin [36]: Ayat 26-27).
Ayat terakhir ini adalah pengakuan dari Habib an-Najjar setelah dia meninggal dunia, dan Allah memberitahu pada kita bagaimana bahagianya dia berada di sisi Allah, kerana pembelaanya terhadap para utusan Allah itu. Dia berharap, andainya dia mampu memberi khabar kepada kaumnya yang telah membunuhnya dan mendustakan ketiga rasul itu, tentang apa yang dia dapat dari keampunan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Orang yang meninggal dunia dalam keadaan beriman kepada Allah dan membenarkan apa yang dibawa oleh para rasul-Nya, akan mendapat keampunan atas dosa-dosa mereka dan memperoleh darjat yang mulia di sisi Allah s.w.t. Seperti yang dialami oleh Habib an-Najjar.
Sumber: tahajjud.net
Thursday, 11 February 2016
Hari Penuh Drama
Waktu ini aku sedang berada di Pejabat Pos Seremban di Aeon Shopping Centre, menunggu giliran membayar bil Indah Water. Tadi aku pergi ke Pejabat SAINS di S2 Mall, nak membayar kesemua bil yang due tapi SAINS hanya boleh terima bayaran air dan cukai pintu MPS. Jadi, aku terpaksa bergerak ke PO untuk bayar bil Indah Water. Di PO aku mendapat slip giliran 1078 dengan giliran semasa waktu itu 1038. Wah lama nak menunggu ni. Jadi aku pun bergeraklah Aeon Deparmental Store yang terletak betul-betul bersebelah PO ni. Dalam fikiran cuma nak window shopping je. Namun, betul lah zaman sekarang, orang perempuan keluar rumah mudah terpedaya. Melihat-lihat di sekitar ladies department, ternampak jubah yang cantik.... mesti mahal ni... tengok harga RM59 sehelai... eh boleh tahan. So, guess... . Selepas itu, masuk balik ke PO, giliran baru 1048... hmm... dah cuba pakai 3 helai jubah dalam fitting room, baru 10 giliran je bergerak.
Ini bukanlah dramanya... drama ialah kejadian semalam.
Coretan Malam:
Kisahnya Basyirah kena gigit masa nk bawa seekor kucing yang sakit mata ke Klinik Veterinar Jln Pantai (Jabatan Haiwan).
Di rumah kami ada 3 ekor kucing, rasanya ada tuan tapi tuan dia busy sgt kot. Mula-mula kucing ni datang weekdays office hour 8-5 ( ms tuan dia pergi kerja la tu) tp lama2 mcm dah permanent. Kitorang tak tau siapa tuan dia tapi nampak kucing-kucing ni balik arah ke rumah 2-tingkat tu yang mengadap taman. Tak tau la ada tuan atau duduk rumah kosong.
Ada seekor yg kecik warna oren, panggil dia si oren or miss oren, dah 2 minggu sakit mata. Tengok tak baik-baik, semalam basyirah kesian sebab dah tak boleh buka sebelah mata. So, nk pegi la klinik. Dulu-dulu selalu bawa kucing si tenang (hilang), si tony dan si mega (arwah). Kucing dulu baik2 behave je dlm kereta.
Bila bw si oren ni dia takut sangat. Sampai kat klinik dia meronta-ronta. Basyirah tak nak lepas, jadi dia menggigit dengan taringnya yg tajam
Ingatkan tak serius, tengok jari basyirah merecik2 darah dan dia menangis sampai duduk atas jalan tu. Ada seorang perempuan bawa kucing, dia kesian Basyirah, bagi tisu dan minyak gamat... dia suruh aku bawa Basyirah jumpa doktor kat dalam klinik kalau-kalau ada ubat gigitan kucing.
Di dalam klinik, setelah bertanya dengan pekerja klinik mereka suruh aku cepat-cepat pegi klinik manusia.
Si oren td jd cerita bila dah terlepas dari dalam kereta dia lari mencanak-canak kat tempat parking terus entah ke mana kat kawasan zoo yg luas tu.
Jadi aku bawa Basyirah ke klinik terdekat, Klinik Dr Kassim di Panchor Jaya. Kelihatan doktor cemas juga, dia cepat-cepat cuci dan bagi suntikan tetanus sambil bercerita semasa dia bertugas di Maran, ada kes dalam tempoh 3 hari boleh kena sakit kancing gigi yang serius dan meninggal dunia. Nauzubillah...Ya Allah lindungilah hamba Mu yg lemah ini. Ada juga yang terpaksa potong jari....
Alhamdulillah hari ni sesudah melepasi 24 jam basyirah nampak dah ok cuma jari je masih bengkak. Penyakit kancing gigi akan muncul dalam tempoh 24 jam lepas kena gigit. Dr kassim beritahu setelah suntikan tetanus InsyaaAllah, antibodi terbina. Plaster bertampal di beberapa tempat yang kena gigit.
Ini lah drama semalam...
Dari hari Rabu sebenarnya ada drama...semalam peak, hari ini tinggal sikit2..
Ampunkanlah dosa2 kami Ya Allah...
Ini ialah si tenang II, ibu miss oren, semasa peringkat awal datang ke rumah kami waktu office hour setahun dulu.

Saturday, 16 January 2016
Foto Profil
Assalamu'alaikum,
Foto Profil
Gambar di atas ditangkap semasa menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan sejawat semasa bertugas di Kota. Majlis diadakan di Selangor. Kemudiannya selepas krop, aku jadikan profil foto akaun what's app. Aku harap gambar aku & suami akan menimbulkan satu tanggapan yang mesra kepada anak-anakku, Hilmi & Basyirah.

Subscribe to:
Comments (Atom)