السلام عليكم
Peristiwa hari merdeka yg paling di ingati pada tahun 2007. Kami bawa anak ke Padang MPS, tengok perarakan yangg gilang-gemilang sempena 50 tahun kemerdekaan. Subuh hari lepas solat kami dah berada di 'tangga cinderella' depan pejabat MPS sebab suami pun turut serta berarak wakil syarikat Samsung. Anak-anakku sangat teruja melihat askar berarak sampai 'meletop' jalan... perkataan yg anakku, Hilmi sebut. Selepas perarakan tu jumpa pula pelajar-pelajar Cina kelas sy T6R berarak wakil Parti Gerakan. Pada sebelah malam pula ada pertunjukan belon udara panas dibawa khas kerajaan N9 untuk merai raayat jelata N9, boleh naik secara percuma. Rasa meriah dan syahdu nya...
No comments:
Post a Comment