Thursday, 11 February 2016

Hari Penuh Drama

Waktu ini aku sedang berada di Pejabat Pos Seremban di Aeon Shopping Centre, menunggu giliran membayar bil Indah Water. Tadi aku pergi ke Pejabat SAINS di S2 Mall, nak membayar kesemua bil yang due tapi SAINS hanya boleh terima bayaran air dan cukai pintu MPS. Jadi, aku terpaksa bergerak ke PO untuk bayar bil Indah Water. Di PO aku mendapat slip giliran 1078 dengan giliran semasa waktu itu 1038. Wah lama nak menunggu ni. Jadi aku pun bergeraklah Aeon Deparmental Store yang terletak betul-betul bersebelah PO ni. Dalam fikiran cuma nak window shopping je. Namun, betul lah zaman sekarang, orang perempuan keluar rumah mudah terpedaya. Melihat-lihat di sekitar ladies department, ternampak jubah yang cantik.... mesti mahal ni... tengok harga RM59 sehelai... eh boleh tahan. So, guess... . Selepas itu, masuk balik ke PO, giliran baru 1048... hmm... dah cuba pakai 3 helai jubah dalam fitting room, baru 10 giliran je bergerak.

Ini bukanlah dramanya... drama ialah kejadian semalam.

Coretan Malam:
Kisahnya Basyirah kena gigit masa nk bawa seekor kucing yang sakit mata ke Klinik Veterinar Jln Pantai (Jabatan Haiwan).
Di rumah kami ada 3 ekor kucing, rasanya ada tuan tapi tuan dia busy sgt kot. Mula-mula kucing ni datang weekdays office hour 8-5 ( ms tuan dia pergi kerja la tu) tp lama2 mcm dah permanent. Kitorang tak tau siapa tuan dia tapi nampak kucing-kucing ni balik arah ke rumah 2-tingkat tu yang mengadap taman. Tak tau la ada tuan atau duduk rumah kosong.
Ada seekor yg kecik warna oren, panggil dia si oren or miss oren, dah 2 minggu sakit mata. Tengok tak baik-baik, semalam basyirah kesian sebab dah tak boleh buka sebelah mata. So, nk pegi la klinik. Dulu-dulu selalu bawa kucing si tenang (hilang), si tony dan si mega (arwah). Kucing dulu baik2 behave je dlm kereta.
Bila bw si oren ni dia takut sangat. Sampai kat klinik dia meronta-ronta. Basyirah tak nak lepas, jadi dia menggigit dengan taringnya yg tajam
Ingatkan tak serius, tengok jari basyirah merecik2 darah dan dia menangis sampai duduk atas jalan tu. Ada seorang perempuan bawa kucing, dia kesian Basyirah, bagi tisu dan minyak gamat... dia suruh aku bawa Basyirah jumpa doktor kat dalam klinik kalau-kalau ada ubat gigitan kucing.
Di dalam klinik, setelah bertanya dengan pekerja klinik mereka suruh aku cepat-cepat pegi klinik manusia.

Si oren td jd cerita bila dah terlepas dari dalam kereta dia lari mencanak-canak kat tempat parking terus entah ke mana kat kawasan zoo yg luas tu.

Jadi aku bawa Basyirah ke klinik terdekat, Klinik Dr Kassim di Panchor Jaya. Kelihatan doktor cemas juga, dia cepat-cepat cuci dan bagi suntikan tetanus sambil bercerita semasa dia bertugas di Maran, ada kes dalam tempoh 3 hari boleh kena sakit kancing gigi yang serius dan meninggal dunia. Nauzubillah...Ya Allah lindungilah hamba Mu yg lemah ini. Ada juga yang terpaksa potong jari....



Alhamdulillah hari ni sesudah melepasi 24 jam basyirah nampak dah ok cuma jari je masih bengkak. Penyakit kancing gigi akan muncul dalam tempoh 24 jam lepas kena gigit. Dr kassim beritahu setelah suntikan tetanus InsyaaAllah, antibodi terbina. Plaster bertampal di beberapa tempat yang kena gigit.
Ini lah drama semalam...
Dari hari Rabu sebenarnya ada drama...semalam peak, hari ini tinggal sikit2..

Ampunkanlah dosa2 kami Ya Allah...


Ini ialah si tenang II, ibu miss oren, semasa peringkat awal datang ke rumah kami waktu office hour setahun dulu.


No comments:

Post a Comment