Alhamdulillah, anak saudaraku Nazir telah selamat melangsungkan pernikahannya pada 19 Feb dan kami sekeluarga dapat sama-sama meraikannya serta melalui tempoh masa yang penuh hektik selama 2 hari 2 malam.
Sebelum itu pada 17 Feb, kami menghantar Basyirah ke rumah kak ngah untuk membantu persiapan kenduri. Petang Jumaat 19 Feb, Hilmi balik dari Beranang. Selepas Maghrib, kami harus bergegas ke Klang untuk majlis pernikahan. Kami mengambil emak dulu di Sendayan untuk turut sama meraikan. Rancangan awalnya, emak akan pergi bersama Mustaqim & Fauziah tetapi Aina dan Aisyah masih demam. Jadi, mereka tak dapat pergi.
Alhamdulillah, kami tiba tepat2 selesai upacara akad nikah. Taklah lewat sangat. Kami tiba di rumah jam 1.30 pagi dan selepas solat Isyak, pukul 3 pagi barulah aku dapat melelapkan mata. Selesai satu agenda.
Esoknya, pagi-pagi aku ke sekolah kerana program gotong-royong dan aku bertugas mengambil gambar untuk dokumentasi. Pukul 10 pagi aku minta pulang awal untuk turut sama rombongan ke majlis di rumah pengantin perempuan. Aku hubungi suamiku yang terpaksa masuk ofis hari tersebut menggunakan mesej. Sampai di rumah aku telah terlelap dan tidak mendengar deringan fon panggilan suamiku. Pukul 1 baru suamiku sampai di rumah dan kelam kabut lah kami bersiap untuk pergi ke Klang. Se elok2 masuk hi-way jam 1415, kak long menghubungiku menyampaikan pesan emak supaya kami terus ke rumah kak ngah dan tidak usah ke Klang kerana jalanraya sesak serta rombongan pengantin lelaki pun dah beransur pulang. Berbincang dengan suami, kami patah balik ke Seremban dengan exit Ainsdale untuk membeli kerepek dan makan tengahari.
Kami tiba di rumah kak ngah jam 1600, kak ngah sekeluarga belum sampai dari Klang. Jadi, kami ke rumah Hikmah di Teras Jernang. Di sana, kak long telah merancang untuk membeli makanan dan ramai-ramai bolehlah diadakan sedikit Tahlil keluarga di rumah kak ngah. Suamiku dan Tarmize ditugaskan mencari makanan. Kami tiba di rumah kak ngah jam 1800, sementara menunggu makanan anak-anakku dan anak-anak saudaraku telah berbual sesama mereka dengan keriangan bercerita macam-macam perkara lucu di laman sosial
Aku merasa terhibur mendengar kemesraan dan gelak tawa
mereka.



No comments:
Post a Comment