Friday, 25 March 2016

Mencari Sekolah Pondok

     
       Seingatnya aku mula mengenal cara-cara berwuduk dan bersolat sewaktu sekolah rendah melalui sebuah buku bergambar dengan bacaan Bahasa Arab yang dirumikan. Takdir Allah Ta'ala aku bersekolah menengah di MRSM Seremban selama 5 tahun dan dapatlah aku menunaikan solat sepenuhnya. Semasa minggu orientasi tingkatan 1, kami diwajibkan bersolat jemaah dan sepanjang tempoh tingkatan 1 kami mempunyai kumpulan usrah yang dibimbing oleh senior tingkatan 2. Sepanjang tempoh 5 tahun, terdapat beberapa orang guru dan sekumpulan pelajar yang gigih menjalankan peranan  'Amar Ma'ruf, Nahi Munkar'. Kumpulan pelajar di maktab kami ini digelar gang MSU olah pelajar-pelajar lain. MSU ialah akronim kepada 'Mat/Minah Surau United'. Aku bersyukur, sedikit sebanyak hatiku cenderung juga kepada gang MSU kerana aku banyak mendapat pendedahan kepada Islam melalui perdampingan dengan insan-insan MSU ini.

       Meninggalkan alam sekolah menengah, menyambung pelajaran seterusnya berkahwin, bekerja dan mempunyai anak, aku mempunyai paradigma yang aku boleh menunaikan solat dengan 'betul'. Baru-baru ini, takdir Allah Ta'ala, aku dan suami mendengar syarahan tentang 'Keindahan Surah Al-Fatihah' di Masjid Hussain Seremban 2 yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal. Secara tidak lansung, kami juga didedahkan tentang solat kerana Surah Al Fatihah merupakan salah satu Rukun Solat. Kemudiannya beberapa malam di rumah selepas itu kami menonton Ceramah Tahsinussolah melalui youtube yang disampaikan oleh Ustaz Irwan Zahuri. Pendedahan ini telah mengubah paradigma ku dan suami yang kami perlu berguru semula secara 'sekolah pondok' untuk belajar solat.

Rupa-rupanya tidak mudah untuk mencari sekolah pondok.....


No comments:

Post a Comment